Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) kini mula dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri pada hari ini (6 Disember) untuk memperkasakan sosio-ekonomi Bumiputera negara.
Pelancaran itu turut menampilkan pengenalan buku setebal 600 muka surat yang dikendalikan TERAJU dalam menjadi rujukan berhubung hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.
Tegas PM Ismail – sasaran negara dalam mencapai 30% pegangan ekuiti Bumiputera masih lagi tidak dicapai. Setakat 2019, hana 17.2% pegangan ekuiti diperlihatkan kumpulan. Maka untuk mencapai sasaran awal – 6 tumpuan utama telah digariskan pada pelaksanaan TBB2030 ini.
- Penglibatan kumpulan etnik Bumiputera dalam pekerjaan mahircapai jumlah 3.2 juta pekerja
- Pemilikkan kediaman kumpulan etnik Bumiputera sebanyak – 5.9 juta unit
- Pendapatan isi rumah penengah disasarkan mencapai RM18,403, 3x ganda daripada nilai pendapatan 2019
- Gaji dan upah penengah sebanyak RM5,169
- Aset kewangan per kapita etnik Bumiputera mencapai RM4,496
- Sumbangan Gross Operating Surplus (GOS) perusahaan kumpulan etnik Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2030 untuk mencapai nilai RM680 bilion
Terdapat beberapa sektor ekonomi akan menjadi fokus dalam mencapai agenda tersebut, antaranya pertanian dan komoditi, ekonomi digital, pasaran halal, pembuatan, pelancongan dan beberapa sektor lain.
Pelancaran ini telah dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi menyokong objektif RMKe-12 dan pembentukan Dasar Ekonomi Baharu untuk menjamin dan melindungi hak kepentingan Bumiputera.