Artikel

Kehadiran Omicron, Tekanan Inflasi Akan Terus Perlahankan Ekonomi Global – IMF

Beberapa ketika ini, kewujudan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron mula mencetuskan pelbagai spekulasi pada status pertumbuhan ekonomi global.

Apabila risiko penurunan pemulihan mula diperhatikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tahun ini, lebih membimbangkan ia dijangka berlanjutan sehingga tahun hadapan, 2022.

Ketua Ahli Ekonomi IMF – Gita Gopinath memaklumkan pada sidang Forum Kewangan Antarabangsa (WEF) di Guangzhou minggu lalu, kehadiran varian baharu akan menjejaskan pemerhatian pentadbiran negara berhubung anggaran hasil dan penyusunan perbelanjaan negara mereka.

Tambahan, ia turut akan memberi kesan kepada era pemulihan pasaran pekerjaan global.

Maka untuk mengimbangi kegusaran tersebut bersama tekanan inflasi – IMF menggesa pembekalan vaksin yang lebih efektif kepada negara berpendapatan rendah. Malah tindakan sekatan perdagangan bagi tujuan eksport dan import vaksin juga harus dihentikan.

Sokongan bank pusat global dalam mengekalkan kebebasan dasar monetari dan fiskal dengan memberi penjelasana lanjut juga harus dilaksanakan. Tindakan itu akan mengurangkan risiko pasaran dari terjejas. Semua pihak perlu sedari peningkatan senario inflasi akan memberi kesan kepada negara berpendapatan sederhana dan rendah.