Artikel

AEON Kini Menerima Bayaran Melalui GrabPay

AEON kini telah menambah sokongan dompet digital GrabPay untuk tujuan pembayaran, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk melakukan pembayaran untuk pelbagai pembelian di AEON. Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh mengumpulkan GrabRewards dengan setiap transaksi.

Pengenalan ini sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna selain menggunakan aplikasi AEON dan juga kad kredit atau debit.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, rebat sebanyak RM8 diberikan untuk penggunaan GrabPay dengan belanja minima RM50 di AEON. Promosi ini ditawarkan sepanjang Disember 2021 ini.