Digital Nasional Bhd (DNB) kini menyatakan peruntukan sekitar RM16.5 bilion untuk pelaksaan 5G di negara adalah melibatkan dana swasta.
Pembiayaan tersebut difahamkan tidak merangkumi dana atau jaminan kerajaan. Bagi penjelasan lanjut, jumlah dana swasta tersebut akan meliputi kos peralatan rangkaian, infrastruktur serta segmen korporat. Dan ia dalam tempoh 10 tahun.
Laporan BH menunjukkan penegasan ini diperincikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Nik Azlan Nik Abdul Aziz pada taklimat hari ini. Pihaknya kini turut menerima minat yang tinggi daripada insitusi kewangan domestik untuk serta sebarang tawaran hutang oleh DNB. Pada masa yang sama, dalam status semasa pihakna memerlukan pembiayaan RM5 bilion bagi tempoh sehingga 2024.
Setelah itu, akan mula menjana pendapatan bermula tahun 2025.
Seperti yang umum ketahui DNB ialah anak syarikat Kementerian Kewangan (diperbadankan) dan telah diberi peranan menjadi pihak neutral dalam membangunkan rangkaian 5G di seluruh Malaysia.