Sidang Belanjawan Sabah 2022 yang bermula pada petang ini, memperlihatkan prestasi kutipan hasil negeri Sabah bagi 2021 dijangka tampil sebagai kutipan hasil tertinggi sejak merdeka.
Berdasarkan sasaran kutipan hasil tahun ini dijangka sekitar 9.6% atau RM430.67 juta yang membawa kepada nilai RM4.912 bilion.
Ini secara langsung menjadikan Anggaran Hasil Disemak Tahun 2021 telah meningkat berbanding anggaran asal hasil tahun 2021. Sementara anggaran hasil bagi 2022 pula dijangka meningkat 7% kepada RM4.707 bilion.
Berita lain menyusul.