Artikel

Nikmati 20% Diskaun Tiket Penerbangan Firefly – Bersama Touch ‘n Go eWallet

Sektor penerbangan negara kini terus menunjukkan peningkatan yang baik dalam kalangan rakyat tempatan. Bagi merancakkan aliran itu, Touch ‘n Go eWallet kini mengumumkan kerjasama strategik dengan Firefly bagi menawarkan akses pembelian tiket penerbangan yang lebih mudah dan lebih berpatutan pada aplikasi.

Bermula 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022, rakyat malaysia berpeluang nikmati 20% diskaun tiket penerbangan domestik melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Namun tempoh tempahan perjalanan hanya tertakluk bagi tarikh 6 Disember 2021 sehingga 29 Oktober 2022 sahaja.

Seterusnya diskaun ini hanya terpakai untuk laluan destinasi utama Firefly sahaja dan ia juga tertakluk kepada ketersediaan kekosongan sepanjang tempoh perjalanan.

Menerusi kerjasama ini, ia tidak hanya memudahkan akses perjalanan pelancongan rakyat negara tetapi turut membuka ruang kepada pengguna nikmati lebih banyak ciri yang tersedia pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet ketika melancong. Perincian lanjut, pengguna boleh layari pada pautan Touch ‘n Go atau FireFly.