Artikel

Una Brands Akan Melabur Lebih RM100 Juta Untuk Ambil-Alih Jenama Edagang Di Malaysia

Una Brands merupakan salah satu syarikat yang membuat pengambil-alihan dan pelaburan pada sejumlah syarikat memfokuskan jual-beli edagang – dan seterusnya memperluaskan capaian dan jenama berkenaan.

Kini, dengan populariti sejumlah jenama yang berkembang melalui laman edagang seperti Shopee, Lazada, mahupun jualan terus melalui Maynuu – kini Una Brands turut memfokuskan pasaran Malaysia.

Terbaru, Una Brands mengatakan akan melabur lebih RM100 juta untuk pasaran Malaysia, dan mengambil-alih sejumlah jenama edagang di Malaysia.

Pengambil-alihan jenama ini juga membolehkan ia diperluaskan menjadi salah satu jenama popular di rantau Asia Tenggara – yang mana mungkin menjadi kekangan untuk syarikat kecil disebabkan oleh tenaga kerja, dan juga fokus terhadapnya.

Buat masa ini, Una Brands akan memfokuskan kepada kategori melibatkan dekorasi rumah, penjagaan diri, haiwan peliharaan, bayi, dan sukan – selain terbuka kepada kategori produk yang lain.