NASA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat kini telah menganugerahkan peruntukan sekitar AS$415 juta kepada 3 syarikat bagi membangunkan stesen angkasa lepas komersial.
Antara yang terlibat menerima dana itu adalah Blue Origin, milik individu antara terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos – dengan perolehan kontrak bernilai RM550.5 juta (AS$130 juta).
Sementara 2 lagi syarikat yang turut menerima peruntukan kontrak pembangunan adalaha Nanoracks dengan RM677.6 juta (AS$160 juta) dan Northrop Grumman RM531.9 juta (AS$125.6 juta).
Menerusi penyaluran dana ini, ia bertujuan bagii menggantikan Stesen Angkasa Antarabangsa yang akan dihentikan gerak kerja sekitar dekad ini.