Artikel

Permintaan Sawit Malaysia Dijangka Tinggi – Susulan Kenaikan Cukai Indonesia

Berikutan tindakan Indonesia, sejak tahun lalu mengenakan cukai eksport yang lebih tinggi – ini membuka ruang kepada permintaan sawit Malaysia meningkat.

Jangkaan itu pada laporan memaparkan India berkemungkinan meningkatkan permintaan sawit pada pasaran tempatan. Data setakat Januari sehingga September 2021, segmen import sawit Indonesia dalam permintaan India telah menurun kepada 55%, sementara Malaysia pula meningkat 45%.

Indonesia menetapkan harga rujukan eksport minyak sawit mentahnya lebih tinggi bagi bulan Disember, bermakna cukai dan levi minyak sawit kekal pada kelompok teratas masing-masing $200 setan dan $175 setan.

Tindakan ini tidak hanya disebabkan kenaikan caj cukai, tetapi ia turut terdorong susulan India telah mengurangkan paras cukai import asas ke atas minyak sawit, minyak soya dan minyak bunga matahari – untuk menangani isu kenaikan harga.

Maka peningkatan cukai Indonesia dilihat perlu diimbangi semula pada permintaan import sawit India.

Meskipun begitu, Indonesia terus dijangka kekal selaku pembekal utama minyak sawit bertapis kepada pembeli utama seperti Pakistan.