Artikel

Square Menjenamakan Semula Syarikat Kepada “Block”

Sementara Facebook baru sahaja menjenamakan semula syarikat kepada Meta dengan fokus terhadap alam meta, kini Square turut mengikut langkah sama, dan menjenamakan semula syarikat kepada Block.

Produk dibawah Block masih menggunakan penjenamaan seperti Square, Tidal dan sebagainya.

Square

Dengan penjenamaan ini, ia dilihat memfokuskan kepada arena rantaian-blok, selain blok juga turut membawa kepada maksud “komuniti” dan sebagainya.

Square diterajui oleh Jack Dorsey, bekas CEO Twitter, dan telah dimulakan pada 2009 yang lepas. Dengan telah meninggalkan jawatan CEO Twitter, Jack Dorsey dilihat akan lebih memfokuskan di Block, selain turut pada minat beliau berkaitan Bitcoin.