Artikel

Bank Negara Dan Semua Bank Di Kuala Lumpur Beroperasi Seperti Biasa Esok, 3 Disember

Kerajaan telah pun mengumumkan 3 Disember sebagai hari cuti di Wilayah Persekutuan, bersempena dengan kemenangan KL City FC menjulang Piala Malaysia.

Terbaru, walaupun diumumkan cuti am, Bank Negara Malaysia mengatakan semua transaksi pasaran kewangan akan beroperasi seperti biasa esok, 3 Disember.

Pada masa yang sama, semua bank dan cawangan operasi di Kuala Lumpur juga akan beroperasi seperti biasa.