Artikel

Kementerian Sumber Manusia Saran Majikan Beri Cuti Bergaji Kepada Pekerja – Susulan Pelepasan Am 3 Disember

Seperti yang umum sedia maklum, hari pelepasan am tambahan pada 3 Disember (esok) telah diberikan kepada warga pekerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, minggu ini.

Namun, susulan ia bukanlah hari pelepasan am bergaji yang wajib seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 – maka para majikan sektor swasta disarankan untuk memberi cuti bergaji kepada petugas mereka.

Usul itu dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berikutan ia bukanlah hari pelepasan wajib yang diketahui umum. Tindakan ini secara langsung memastikan hak pekerja dan kebajikan mereka dapat terus terjamin.