Peningkatan arena ekonomi Islam digital kini secara langsung membuka ruang kepada platform perdagangan dunia untuk berkarya. Memahami tuntutan itu Ethis Group bersama TheNoor kini mengumumkan kerjasama bagi memperkasakan ekosistem fintech dan pelaburan islamik tempatan.
Melalui kerjasama ini, Ethis bersama TheNoor akan memberi akses kepada pengguna aktif untuk sertai pelabagai platform sumbangan amal dibawah GlobalSadaqah Ethis. Di mana ia berpotensi memacu penggunaan produk dan perkhidmatan berteraskan Islam di Malaysia dan secara global.
Ini bermakna bagi pengguna TheNoor yang menetap di luar Malaysia, Ethis akan membantu memudahkan proses amal mereka dengan membenarkan transaksi dalam mata wang antarabangsa seperti dalam USD, EUR, GBP dan AUD.
Mengambil langkah lebih jauh, pengguna TheNoor yang terlibat dalam pelaburan mata wang kripto juga boleh memberi derma secara langsung menggunakan mata wang kripto mereka pada semua kempen GlobalSadaqah yang dipaparkan di TheNoor.
Untuk makluman, Ethis Group adalah entiti yang berperanan mengendalikan platform pelaburan serta platform amal GlobalSadaqah di bawah kelulusan pengawalselia. Tidak hanya Malaysia, tetapi turut melangkaui pasaran Indonesia dan Dubai.