Artikel

Segmen Kargo Udara Antrabangsa Papar Lonjakan 9.4% Permintaan – IATA

Segmen kargo udara antarabangsa kini semakin naik aliran permintaannya. Apabila setakat data Oktober 2021 peningkatan pemintaan kargo telah melonjak 9.4%.

Data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) itu jelas menunjukkan rantaian perdagangan dunia ke arah pemulihan. Permintaan ini lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada rekod 2019.

Meskipun alami kekurangan dari aspek kapasiti, kekal di paras 7.2%, tetapi ia masih seimbang. Aliran positif ini juga dilihat baik untuk mengawal permintaan rantaian bekalan.