Artikel

Sekitar 32% PKS Malaysia Alami Kerugian Lebih RM2.11 Juta – Susulan Ancaman Siber

Penyertaan pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi digital kini semakin rancak, namun ia secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai tumpuan mangsa jenayah siber seterusnya.

Berdasarkan data pada tinjauan Cisco di bawah laporan Cybersecurity for SMBs: Asia Pasific Business Prepare for Digital Defense sekitar 50% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara telah terlibat dalam insiden jenayah siber bagi tempoh 12 bulan. Ini jelas menunjukkan jenayah siber dari aspek godaman terus berisiko pada sistem negara.

Untuk maklumat, ini data lanjut;

  • 74% PKS akui lebih bimbang akan situasi keselamatan siber berbanding 12 bulan lalu
  • 88% PKS berpendapat mereka terus terdedah kepada ancaman siber
  • 67% PKS Malaysia telah kehilangan data pelanggan
  • 89% PKS Malaysia telah terjejas disebabkan serangan perisian hasad (malware)
  • 65% PKS Malaysia alami kehilangan e-mel dalaman
  • 53% PKS Malaysia hilang harta intelek
  • 44% PKS Malaysia hilang maklumat kewangan

Selain peratusan terdedah pada ancaman siber itu, lebih membimbangkan 32% PKS negara turut mengakui mengalami kerugian sehingga mencecah RM2.11 juta ($500,000) atau lebih disebabkan serangan perisian ini. Sementara 6% pula memaklumkan menanggung kos kerugiaan lebih AS$1 juta.

Susulan risiko yang berlaku, Cisco melihat PKS negara telah mula sedar akan kepentingan meningkatkan kualiti sistem perniagaan digital mereka dengan menambah-baik serta meningkatkan pelaburan pada sistem dalam tempoh 12 bulan ini. Sekitar 77% PKS negara telah memaklumkan ketersediaan itu untuk depani ancaman siber.

Untuk makluman, tinjauan ini meliputi penyertaan 3,200 perniagaan dan peneraju teknologi yang terdapat pada 14 pasaran di rantau Asia Pasific.