Artikel

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Diwartakan Sebagai Barang Kawalan – KPDNHEP

Kerajaan Malaysia kini mewartakan kit Ujian Kendiri COVID-19 iaitu Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 sebagai barang kawalan bermula hari ini (1 Disember).

Tindakan itu bertujuan untuk memastikan bekalan kit ujian tersebut – mencukupi pada permintaan pasaran.

Berdasarkan makluman Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) langkah pewartaan itu dilakukan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) 2021.

Maka susulan itu, para peniaga diberi peringatan untuk terus patuhi peruntukan perundangan berkaitan pemasaran kit ujian kendiri. Sekiranya gagal berbuat demikian, pengenaan denda sehingga RM1 juta untuk individu dan sehingga RM2 juta untuk syarikat terlibat akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.