Carsome, platform dagangan kereta terkemuka di Asia Tenggara yang menerajui pasaran di Malaysia, Indonesia dan Thailand kini melaksanakan kerjasama strategik bersama segmen inovasi Sunway.
Iaitu Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) bagi mewujudkan Makmal Inovasi Data di insitut pengajian Sunway University.
Melalui pelaksaan ia akan mula dilancarkan pada akhir Januari 2022 kelak. Ia berperanan meningkatkan kapasiti sains data serta industri kereta terpakai di Asia Tenggara.
Tidak hanya itu, adanya perkongsian kepakaran ini ia turut akan membantu golongan belia meningkatkan peluang penerokaan dalam ekonomi negara.
Berdasarkan perancangan aturan, pembentukan makmal ini akan meyertakan penglibatan penyelidikan meliputi fakulti kejuruteraan, teknologi, perniagaan dan sains matematik.