Artikel

7-Eleven Malaysia Perluas Segmen Farmaseutikal Ke Indonesia

Melalui anak syarikatnya, Caring Pharmacy – 7-Eleven Malaysia kini mengembangkan aturan pertumbuhannya selari dengan strategi perluasan segmen farmaseutikal di pasaran Indonesia.

Tindakan pengumuman itu dilakukan pada 29 November lalu, di mana Caring Pharmacy telah mencapai perjanjian usahasama dengan PT Erajaya Swasembada iaitu entiti di bawah PT Era Prima Indonesia.

Kesepakatan itu akan membawa kepada peranan pemasaran produk farmaseutikal di bawah jenama Welling Pharmacy. Untuk makluman, jenama Welling bukanlah suatu jenama yang asing dalam kalangan perubatan Indonesia.

Buat pengetahuan umum, 7-Eleven memiliki pegangan 75% bersama Caring Pharmacy, sementara 60% pegangan bersama Welling Pharmacy. Berdasarkan kerjasama itu, 7-Eleven turut dilaporkan dalam perancangan membuka kedai runcit farmasi pertama di Indonesia – menjelang suku pertama 2022 kelak.