Artikel

Sarawak Sasar Tubuh Syarikat Penerbangan Skala Kecil – Perkasa Ekonomi Negeri

Bagi terus memperkasakan ekonomi negeri, Sarawak kini rancang membentuk sebuah syarikat penerbangan berskala kecil.

Usaha itu, dilaporkan tidak hanya menguntungkan sektor pelancongan yang disasarkan akan memuatkan sehingga 200 penumpang sahaja tetapi turut akan memacu kapasiti aliran eksport perdagangan Sarawak. Antaranya hasil pertanian negeri tersebut.

Melalui sasaran ini, ia secara langsung akan mengurangkan kebergantungan negeri terhadap syarikat penerbangan komesil lain.

Selain merancakkan ekonomi negeri – tumpuan pada khidmat perjalanan antarabangsa juga akan disertakan. Antara tumpuan luar yang terlibat adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Hong Kong.