Artikel

TM Labur Lebih RM1 Bilion – Tingkatkan Prestasi Rangkaian Tanpa Tandingan Kepada Pengguna

Telekom Malaysia Berhad kini telah melakukan pelaburan lebih RM1 bilion bagi meningkatkan keupayaan rangkaian serta sokongan pengguna pada khidmat Unifi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran TM Shanti Jusnita Johari – peruntukan dana itu adalah sebahagian daripada usaha TM menerusi tagar #unificares, memberi jaminan untuk mengutamakan pengalaman pengguna dalam khidmat mereka.

Ia adalah tanggungjawab TM untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar yang terbaik buat rakyat Malaysia. Ini tidak merangkumi penyertaan pengguna awam, bahkan sokongan daripada warga PKS turut menjadi fokus TM. Khususnya ketika kaedah hibrid menjadi pilihan bagi sebahagian pekerjaan di negara.

Maka sasaran di masa hadapan, TM akan terus memperkasakan kualiti perkhidmatan mereka dengan meningkatkan pelaburan bagi memodenkan rangkaian serta platform teknologi mereka.