Artikel

300,000 Veteran ATM Kini Boleh Berniaga Secara Atas Talian – Melalui MyVeteranMall

Meskipun veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telahpun bersara daripada perkhidmatan mereka, namun kumpulan ini memiliki peluang untuk meneroka arena ekonomi digital negara melalui aplikasi MyVeteranMall.

Platform digital yang berperanan menjadi aplikasi sehenti ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada veteran ATM. Antaranya ciri aplikasi seperti:

  • eInfo – memudahkan pengurusan aktiviti urusan veteran ATM bersama JHEV ATM
  • Tabung Pahlawan – dana bantuan veteran
  • eDagang – membolehkan veteran atm melaksanakan aktiviti perniagaan secara digital
  • eServis – membolehkan pengguna dan penyedia berkomunikasi serta melaksanakan urus-niaga

Berdasarkan pelancaran aplikasi pada hari ini (30 November), peluang tersebut dibuka kepada 300,000 veteran ATM. Dan setakat ini, seramai 502 usahawan digital veteran ATM telah mula melakukan pendaftaran penyertaan.

Bagi maklumat lanjut, kumpulan veteran ATM boleh layari pautan MyVeteranMall untuk perincian yang lebih baik.