Anak syarikat milik Bank Islam Malaysia Berhad – BIMB Investment kini melancarkan BIMB-ARABESQUE Global Shariah-ESG AI Technology Fund.
Iaitu sebuah dana pertumbuhan ekuiti patuh Shariah yang bertujuan untuk memberikan pulangan pelaburan kepada pelabur melalui pelaburan di dalam ekuiti teknologi global patuh Shariah.
Dorongan pengenalan dana ini, adalah hasil permintaan yang baik sejak 2 tahun lalu. Di mana sokongan sistem teknologi digital telah mengubah tingkahlaku pengguna bersama pengendali perniagaan.
Maka, BIMB Investment menjangkakan dinamik pertumbuhan ini akan terus kekal dalam suatu tempoh yang lama dan akan mengukuhkan prospek pertumbuhan teknologi dalam pasaran tempatan mahupun luar negara.
Melalui BGSEAIT, pelabur berpotensi untuk meningkatkan pendedahan portfolio pelaburan mereka kepada saham-saham berkaitan teknologi.
Untuk makluman, BGSEAIT akan melabur sekurang-kurangnya 70% dan sehingga 98% di dalam ekuiti tersenarai dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Shariah di Malaysia dan syarikat asing.
Dana ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang didorong oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan diimbang semula pada setiap bulan bagi Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa dan Persekutuan Bursa Dunia.
Buat masa ini, dana ditawarkan di dalam tiga kelas mata wang: Kelas Ringgit Malaysia, Kelas Ringgit Malaysia Hedged dan Kelas Dolar AS. Pelabur kini boleh melanggan Dana ini dengan jumlah pelaburan permulaan serendah RM500 dan USD500 dengan pelaburan tambahan bermula pada jumlah minimum RM100 dan USD100.
Sebarang perincian lanjut, boleh layari pautan BIMB Investment untuk maklumat seterusnya.