Artikel

Carro Menerima Suntikan Dana $100 Juta – Termasuk Daripada PNB

Carro merupakan salah satu syarikat memfokuskan jual-beli kenderaan, dan berpusat di Singapura. Di Malaysia, Carro beroperasi dibawah nama MyTukar.

Terbaru, Carro telah menerima suntikan dana berjummlah $100 juta, yang mana turut memperlihatkan pihak Permodalan Nasional Berhad menyertai suntikan pelaburan terbaru, selain Temasek dari Singapura.

Selain Carro dan MyTukar, syarikat ini juga mempunyai penawaran seperti Jualo di Indonesia, dan perkhidmatan kewangan dinamakan Genie.

Ditubuhkan pada 2015 yang lepas, Carro kini menawarkaan perkhidmatan hampir menyeluruh berkaitan jual-beli kenderaan. Suntikan dana terbaru ini dijangka akan membolehkan Carro terus mengukuhkan kedudukan dalam arena jual-beli kenderaan, selain memperluaskan lagi perkhidmatan mereka.