Artikel

Sabah Bakal Miliki Khidmat Pengangkutan Awam ‘SkyTrain’ – Bernilai Sekitar RM2.4 Bilion

Tidak lama lagi, Sabah akan memperlihatkan pembangunan khidmat pengangkutan awam kepada rakyat negerinya. Di bawah projek Sistem Transit Rapid (RTS) itu, ‘Skytrain’ akan dibina bagi fasa pertama dalam tempoh 3 tahun.

Menerusi khidmat skytrain bernilai sekitar RM2.425 bilion ini ia dilaporkan akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke pusat bandar raya hingga Universiti Malaysia Sabah (UMS), seterusnya ke Alammesra di Likas dengan jarak kira-kira 25 kilometer.

Bagi fasa pertama dalam tempoh 3 tahun, pembinaan khidmat ini dijangka menelan perbelanjaan hampir RM1 bilion dan pembiayaan tersebut akan diperuntukan oleh para pelabur.

Untuk makluman, penerokaan projek ini telah membawa kesepakatan persefahaman (MoU) melibatkan 4 syarikat pengendalian seperti WHSB Ventures Sdn Bhd (WVSB)- Vizione Construction Sdn Bhd, Sycal Skycity Sdn Bhd dan Guangcai China (M) Sdn Bhd dan Qhazanah Sabah Bhd (QSB).