Artikel

Lonjakan Kenderaan Elektrik Berpotensi Jejaskan Permintaan Minyak Mentah – Menjelang 2050

Pembukaan ekonomi pada peringkat global telah mendorong peningkatan semula harga dan permintaan parasan minyak mentah. Namun, masih terdapat risiko yang wajar diperhatikan pada ketika ini – iaitu kenaikan permintaan kenderaan elektrik (EV).

Melalui Tinjauan Kenderaan Elektrik (EVO) 2021oleh BloombergNEF menyasarkan permintaan minyak mentah bakal terjejas dalam tempoh 3 dekad, menjelang 2050 kelak. Ia didorong susulan penerapan teknologi, matlamat kelestarian hijau, pemansuhan bahan api fosil secara beransuran dan peningkatan infrastruktur pengecasan pantas EV.

Menurut EVO, kenderaan dua dan tiga roda menguasai sebahagian besar jualan EV pada 44% daripada pasaran dunia dengan 260 juta unit, diikuti bas sebanyak 39% dan kereta penumpang sebanyak 4%, manakala van dan trak menyumbang 1% .

Kesan pertumbuhan itu, dianggarkan ketika ini sudah menggantikan lebih 1 juta tong permintaan minyak setiap hari. Malah dianggarkan aliran EV akan menggantikan sejumlah permintaan 21 juta tong minyak menjelang 2050.

Bagaimanapun kedua-dua pasaran ini masih diteliti dan diperlihat perubahan dari semasa ke semasa.