Artikel

Pelancongan Global Catat Kerugian Hampir RM9 Trilion – Bagi Tahun 2021

Tahun 2021, adalah masih menjadi tahun kejutan buat sektor pelancongan global. Setakat ini, telahpun menjana kerugian sekitar AS$2 trilion iaitu RM8.5 trilion.

Walaupun pembukaan ekonomi dan perjalanan antarabangsa telah mula diatur tetapi kesan yang mendalam disebabkan COVID-19, inflasi dan ketirisan bekalan rangkaian secara langsung meningkatkan lagi risiko pemulihan buat ekonomi global.

Data Organisasi Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) secara realistiknya, dunia masih mengalami kesukaran untuk menyeimbangkan semula aliran pertumbuhan. Tambahan kehadiran varian baharu, Omicron telah memberi petunjuk risiko awal pada penularan yang lebih serius COVID-19.

Lebih membimbangkan, pembukaan perjalanan antarabangsa dijangka tidak akan memberi perubahan yang ketara pada prestasi pelancongan dan situasi akan berlarutan sehingga 2022. Ia bermakna pemulihan lebih kecil akan diperlihatkan.

Untuk tahun ini, jangkaan ketibaan dan kemasukan pelancong antara akan kekal di bawah paras 70% hingga 75%. Sasaran itu jauh lebih rendah berbanding 1.5 bilion rekod dicatatkan pada data 2019 terdahulu.