Artikel

McDonald’s Malaysia Sedia Perluas 200 Rangkaian – Menjelang 2026

Selari dengan permintaan semasa, McDonald’s Malaysia kini bersedia meluaskan perkembangan rangkaian mereka di seluruh negara menjelang 2026.

Dalam tempoh 5 tahun mendatang, McDonald tempatan menyasarkan memiliki sekitar 500 cawangan di pasaran Malaysia, ini bermakna dalam tempoh tersebut pertambahan 200 cawangan akan diperlihatkan kelak. Pada perkembangan itu, secara langsung ia akan membuka kepada peningkatan petugas jenama.

Untuk makluman, sejak dilancarkan di Malaysia pada 1983, McDonald telah menggaji sekitar 15,000 pekerja dan memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan pada setiap bulan.