Artikel

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) Berpotensi Diteliti Semula

Presiden Singapura Lee Hsien Loong kini mulai memberi gambaran awal bahawa pihaknya terbuka untuk meneliti semula pelan Perjanjian Dua Hala Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia-Singapura.

HSR adalah projek kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur, Malaysia ke Singapura melalui landasan kereta api berkelajuan tinggi.

Buat pengetahuan umum, berikutan tiada persetujuan dilakukan pada perubahan HSR Malaysia-Singapura – ia telah dibatalkan secara automatik, seiring dengan tarikh luput yang berkuat kuasa pada 31 Disember 2020 lalu. Pelan laluan itu telah mula dilaksanakan sejak 2013 lagi, dan kesepakatan perjanjian telah dimeterai pada Disember 2016.

Pada makluman laporan sidang media hari ini (29 November) Singapura memaklumkan terbuka akan sebarang cadangan baharu bersama Malaysia untuk dikaji, serta dipertimbangkan semula projek itu. Sebelum ini dimaklumkan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri telah membangkitkan semula isu ini berhubung kebarangkalian pemulihan projek ini bersama Singapura.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak diperincikan dengan jelas pada sidang media Presiden Singapura.