Artikel

Isu Harga Naik – Perlis Galakkan Rakyat Sertai Tanaman Hidroponik, Berupaya Kurangkan Perbelanjaan

Isu kenaikan harga di pasaran ketika ini, secara jelasnya telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara. Ia tidak sekadar membebankan tetapi menimbulkan persoalan, seberapa lama tempoh kenaikan ini akan berterusan. Kegusaran itu turut diperlihat pada kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober 2021 yang memaparkan kenaikan 2.9%.

Menerusi situasi ini, kerajaan Perlis kini akan mula menjalankan program menggalakkan rakyat negerinya untuk terlibat dalam kaedah tanaman sayur-sayuran hidroponik.

Khusunya kepada kumpulan B40, untuk mengurangkan perbelanjaan mereka disamping dapat meningkatkan pendapatan.

Untuk makluman, kaedah pertanian hidroponik ini tidak memerlukan kapasiti yang luas untuk tanaman. Lebih menarik ia juga mendapat sokongan Jabatan Pertanian Negeri bagi bimbingan dan nasihat penanaman.

Melalui usaha ini, ia secara langsung akan merancakan pasaran tanaman dan sayuran di negeri Perlis.