Artikel

Boost Makan Kini Dilancarkan – Bantu Galakkan Peniaga F&B Sertai Jualan Atas Talian Secara Mudah

Boost, aplikasi dompet digital negara kini mula menyertakan platform pesanan makanan kepada para peniaga F&B dan pengguna dengan Boost Makan.

Melalui platform khidmat penghantaran makanan ini akan membantu peniaga untuk menyertai jualan atas talian tanpa memerlukan sistem backhend yang rumit dan pengenaan caj yang tinggi.

Peniaga boleh menikmati beberapa faedah termasuk platform mesra pengguna, caj transaksi yang rendah, rakan penghantaran pihak ketiga yang boleh dipercayai dan penyelesaian pembayaran pantas dalam masa duahari bekerja sahaja.

Untuk makluman, peniaga Boost kini boleh mengakses Boost Makan melalui Boost Biz dan mendaftar tanpa caj penyertaan dalam masa terhad. Antara peniga F&B yang disasar terlibat adalah perniagaan makanan di rumah, gerai medan selera, foodtruck serta pengendali restoran.

Setakat ini, Boost miliki lebih 380,000 peniaga yang terlibat pada ruang aplikasi dan sebahagiannya adalah arena F&B. Adanya pengenalan Boost Makan sejak 6 minggu lalu, ia berpeluang memberi manfaat kepada 9.5 juta pengguna aktif mereka untuk penuhi permintaan.

Buat pengetahuan, terdapat 4 kaedah pesanan yang disediakan;

  • Penghantaran radius 20km
  • Pengambilan Pick-Up
  • Pesanan Tanpa Sentuhan secara walk-in
  • Pandu-Lalu

Maka bersempena menggalakkan penyertaan platform ini, sehingga 31 Disember 2021 – peniaga F&B baharu dan semasa bakal menerima insentif RM50 menerusi pendaftaran Boost Makan. Sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan Boost untuk perincian seterusnya.