Artikel

Lebih 80% Pekerja Di Malaysia – Ingin Kembali Semula Ke Pejabat

Seiring dengan pembukaan ekonomi dan pengagihan dos penggalak di Malaysia, pekerja kini mulai menyatakan hasrat untuk kembali semula ke pejabat bersama kaedah norma baharu.

Tinjauan firma penasihat hartanah global Savills pada laporan What Workers Want- edisi Malaysia kini melihat sekitar 81% pekerja di negara memiliki hasrat tersebut. Permintaan itu di sokong lebih 90% pekerja menyatakan peningkatan semula produktiviti serta perkembangan pekerjaan dapat dicapai melalui hasrat itu.

Bagaimanapun, kaedah secara hibrid kekal dijadikan sebagai pilihan untuk mengurangkan risiko yang terdapat pada kapasiti pejabat.

Adanya pertimbangan ini, ia akan memberi penyelesaian kepada pekerja di negara untuk membantu merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.

Selain permintaan kembali ke pejabat, sekitar 30% responden pekerja turut mengakui konsep bekerja dari rumah (BDR) telah mendorong kepada keletihan mental dan fizikal ke atas mereka. Ini sekaligus menjejaskan prestasi semasa.