Artikel

Selangor Bentuk Pelan Pembangunan 5 Tahun Sehingga 2026 – Ingin Kekal Selaku Hab Ekonomi Malaysia

Bagi memperkukuhkan sektor ekonomi Selangor mendepani sebarang potensi krisis dunia, kerajaan negeri kini sebulat suara akan melaksanakan Pelan Pembangunan 5 Tahun Negeri Selangor.

Untuk makluman, pelaksanaan rancangan ini akan mengambil tempoh bermula pada tahun 2022 sehingga 2026 kelak. Di mana kerajaan negeri akan menumpukan usaha pemulihan ekonomi ketika pasca-pandemik COVID-19 dan memacu agenda pembangunan untuk memastikan Selangor kekal tampil sebagai hab pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Langkah pengenalan pelan pembangunan ini telahpun mula digerakkan pada tahun 2021. Iaitu perbincangan bersama pihak berkaitan dan autoriti telahpun dijalankan pada fasa awal. Pelan ini tidak hanya membabitkan pihak swasta tetapi merangkumi pihak awam.

Pelan ini juga merangkumi semua aspek dalam struktur pentadbiran di Selangor. Ia tidak mengecualikan mana-mana pihak pada perkembangan pembangunan ekonomi.

Menurut Menteri Besar Amiruddin Shari, Rancangan Selangor 1 (RS-1) akan dilakasanakan pada suku pertama 2022 kelak buat julung kalinya. RS-1 ini akan menjadi dokumen rasmi dan dibahaskan kelak.

Strategi ini ia tidak sekadar memberi kesan kepada warga Slangor semata-mata, namun ia turut memberi kesan kepada pertumbuhan Malaysia.