Artikel

Selangor E-Wallet Akan Dilancarkan Pada Awal 2022

Berdasarkan pembentangan Belanjawan Selangor 2022 sebentar tadi – pembangunan dompet digital negeri akan mula dilaksanakan padaawal  tahun hadapan 2022 – yang dikenali sebagai Selangor E-Wallet.

Menurut Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari, pengenalan dompet digital itu tidak sekadar mempergiatkan penggunaan nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan rakyat negeri dan warga PKS. Bahkan turut menghimpunkan kesemua perkhidmatan urusan kerajaan negeri Selangor.

Antara contoh kemudahan transaksi yang dapat diperlihat adalah pembayaran cukai secara langsung, perolehan bantuan mahupun agenda urusan bersama badan-badan berkanun.

Berdasarkan perancangan awal, kerajaan negeri Selangor kini telah menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Syarikat Selangor E-Wallet Sdn Bhd, di mana pihaknya telah melaksanakan kerjasama dengan syarikat tempatan bagi perolehan lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).