Artikel

Selangor Rancang Bangunkan Kompleks Perumahan – Buat 60,000 Pekerja Negeri

Memahami keperluan dan jaminan keselamatan para pekerja, kerjaan negeri Selangor pada pembentangan belanjawan negeri 2022 kelak – mula merancang membangunkan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor.

Dijangka pada pelaksanaan ini berupaya memanfaatkan kehidupan 60,000 pekerja.

Untuk makluman, penempatan pekerja pada perumahan ini merangkumi sektor perindustrian. Di mana peruntukan kerjasama antara pihak awam-swasta dianggarkan skeitar RM15 juta dan melibatkan pembangunan pada kawasan seluas 145 ekar.

Menerusi perancangan itu, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari menyatakan ini akan memberi kemudahan kepada pekerja dan meningkatkan taraf hidup pekerja tanpa perlu terbeban dengan kos pemilikan perumahan.