Artikel

Belanjawan Selangor 2022 – Sedia Peruntukan Berjumlah RM2.343 Bilion

Dalam usaha ke arah pembentukan negeri pintar menjelang tahun 2025, Selangor dalam sidang Belanjawan 2022 hari ini (26 November) kini memperuntukan berjumlah RM2.343 bilion bagi Belanjawan Selangor 2022.

Kenyataan itu meliputi anggaran;

  • Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM1.220 biliom
  • Perbelanjaan Pembangunan pula RM1.123 bilion
  • Defisit kerajaan negeri¬†akan alami RM222.718 juta
  • Anggaran Hasil sebanyak RM2.05 bilion

Apa yang menarik pada pembentangan peruntukan kali ini, kerajaan Selangor telah memaklumkan ketersediaan mereka dengan melakukan penjimatan dan kawalan perbelanjaan sejak 2019. Di mana kini pihaknya telah mengehadkan kadar perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada setiap jabatan negeri sekitar 95% dan 75%.

Berita lain menyusul