Artikel

Berjaya Corp Jual 30% Kepentingan Dalam Razer Fintech – Pada Nilai Lebih AS$53 Juta

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) hari ini memaklumkan telah menjual 30% kepentingan ekuiti dalam Razer Fintech Holdings Pte Ltd dengan penilaian tunai sekitar AS$53.57 juta.

Tindakan tersebut telah dilakukan kepada Razer Midas Pte Ltd.

Buat pengetahuan pembaca, Berjaya Fintech (BFintech) sebelum ini telah meiliki 49% kepentingan dalam Razer Fintech, sementara Razer Midas pula memiliki kepentingan sekitar 51%.

Susulan tindakan jualan ini – BFintech kini sekadar memegang kepentingan 19% pada Razer Fintech.

Selain penjualan kepentingan Razer Fintech, tindakan yang sama turut dilakukan pada 70% kepentingan Berjaya China Motor Sdn Bhd. Langkah itu dilaporkan adalah sebahagian daripada strategi kumpulan untuk menyelaraskan kembali operasi, aset bukan teras serta pertumbuhan perniagaan yang lebih tinggi.