Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama, kini telah memaparkan peningkatan 2.9% bagi data Oktober 2021.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – kenaikan itu telah didorong usulan kenaikan dua digit dalam segmen Pengangkutan (11.3%) berikutan penetapan harga siling petrol RON95 oleh pentadbiran di paras RM2.05 seliter yang tinggi berbanding harga purata RM1.67 pada Oktober 2020.
Begitu juga dengan peningkatan harga purta petrol RON97 kepada RM2.84 berbanding RM1.97 pada Oktober 2020.
Sementara itu, bagi data keseluruhan IHP untuk Januari-Oktober 2021 turut memaparkan peningkatan 2.3%, ini lebih tinggi berbanding data tempoh yang sama pada tahun 2020.
Manakala mengikut negeri pula – secara keseluruhannya mencatakan peningkatan IHP pada Oktober 2021. Di mana 9 negeri iaitu Terengganu (3.9%), Pahang (3.7%), Kelantan (3.6%), Perak (3.4%), Negeri Sembilan (3.2%), Kedah & Perlis (3.2%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.1%), Johor (3.1%) dan Melaka (3.1%) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 2.9% pada Oktober 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.