Artikel

Carsome, Tealive – Atur Kerjasama Sedia Khidmat Pemeriksaan Kereta Percuma Di Cawangan Terpilih

Carsome kini mula mengatur langkah memperluaskan khidmatnya bersama sokongan jenama lain, iaitu jenama Tealive. Pelaksanaan ini sekaigus akan memperlihatkan penempatan khidmat Carsome Inspection Points di cawangan terpilih penyedia minuman teh boba itu.

Ini adalah senarai lokasi terpilih;

  • Tealive Kota Kemuning
  • Tealive Kuchai Lama
  • Tealive Shaftsbury Cyberjaya
  • Tealive Sri Gombak
  • Tealive USJ Taipan
  • Tealive Setia Prima
  • Tealive Bandar Baru Sg Buloh
  • Tealive Setia Taipan Shoplot
  • Tealive PV 128 2
  • Tealive Saujana Utama
  • Tealive Bandar Sri Permaisuri
  • Tealive Neocyber Cyberjaya
  • Tealive Ayer @ 8, Putrajaya
  • Tealive Bandar Baru Bangi Seksyen 9
  • Tealive Lintas Plaza, Kota Kinabalu
  • Tealive Aeropod Commercial Centre Square
  • Tealive Tanah Merah Jitra
  • Tealive Jalan Kebun Sultan
  • Tealive Northbank
  • Tealive TMG Mall
  • Tealive Batu 3, Pahang
  • Tealive Bagan Ajam Butterworth
  • Tealive Kampar Perak
  • Tealive Tawau Kubota Central
  • Tealive Sandakan Prima Square
  • Tealive Plaza 333
  • Tealive Dataran Austin, Terengganu

Agenda itu adalah sebahagian daripada perancangan Carsome untuk terus mendekati pengguna di samping meningkatkan kepakaran mereka dalam automotif.

Melalui kesepakatan ini, perkongsian tersebut tidak hanya memberi kemudahan kepada para pengguna untuk memiliki dua perkhidmatan pada masa yang sama dalam tempoh 30 minit. Bahkan, ia turut memacu aliran trafik kedua-dua jenama untuk penuhi permintaan pengguna Malaysia.

Sempena kerjasama ini, para pelanggan boleh menempah untuk  pemeriksaan secara percuma di cawangan Tealive dan akan mendapat minuman percuma (pada harga RM7) setelah selesai terima perkhidmatan. Selain itu, 30,000 pelanggan pertama pula akan berpeluang mendapat baucar Shopee RM15 dengan perbelanjaan minimum RM30 dicawangan, namun ia hanya tertakluk untuk pengguna kali pertama sahaja.

Untuk makluman, Carsome pada Oktober telah memperolehi AS$170 juta dalam pusingan pembiayaan Siri D2, menjadikan penilaian syarikat itu kepada AS$1.3 bilion. Ini dilengkapkan dengan kemudahan kredit baharu sebanyak AS$30 juta, menjadikan jumlah dana yang diperoleh kepada AS$200 juta.

Pusingan terbaharu itu bertujuan untuk memperkasakan fokus strategiknya pada pertumbuhan dan pengembangan perniagaan B2C-nya.

Bagi makluman lanjut berhubung pemeriksaan kereta Carsome di cawangan terpilih Tealive, para pembaca boleh layari pautan CarsomeXTealiveMalaysia.