Artikel

Selepas Setahun – Harga Roti Gardenia Akan Naik Semula, Mulai 1 Disember 2021

Pada 1 Disember tahun lalu 2020, Gardenia telahpun menaikkan segelintir harga produk roti dan bannya sehingga mencecah kenaikan RM0.20 sen.

Kini tindakan yang sama akan dilakukan pada penetapan harga produk roti terpilih mulai 1 Disember 2021. Namun kali ini memperlihatkan kenaikan harga sehingga lebih RM0.40 sen bakal dilakukan, ini antara produk roti yang terlibat;

  • Gardenia Original Classic 400g – Naik RM0.30 sen kepada RM2.80
  • Gardenia Original Classic Jumbo 600g – Naik RM0.45 kepada RM4
  • Gardenia Bran & WheatGerm 400g – Naik RM0.40 kepada RM2.90
  • Gardenia Fluffy Buns
  • Gardenia Puazz Buns

Kenaikan harga tersebut dilaporkan didorong oleh kenaikan harga bahan mentah seperti serbuk koko, susu serta bahagian pembungkusan.

Setakat ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih lagi tidak memiliki maklum-balas berhubung isu tersebut. Melalui pengamatan, kesan struktur ekonomi telah membawa kepada kenaikan, tidak hanya Gardenia jenama lain turut melakukan tindakan sama.