Memahami keperluan memiliki kit ujian kendiri COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia – kini harga peralatan kesihatan itu dijual pada harga RM4.90 seunit.
Langkah itu secara terus memaparkan penurunan kos pembelian telah diturunkan sekitar 87.7%.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) usaha ini bertepatan buat rakyat negara, berikutan kadar penularan COVID-19 masih lagi tinggi di Malaysia.
Melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama KPDNHEP serta Kementerian Kesihatan (KKM), pihaknya telah mencapai kesepakatan penurunan harga kit, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian tersebut.
Orang awam diminta untuk tidak khuatir bahawa, penurunan harga kit tidak akan menjejaskan kualiti kit ujian kendiri.