Artikel

Panasonic Alami Risiko Pemulihan – Harga Produk Dijangka Naik Menjelang April 2022

Setiap syarikat perniagaan kini memiliki risiko pemulihan. Ini kerana pelbagai aspek perlu dipantau negara untuk memastikan ia tidak membebankan kos ke atas pengguna.

Turut sama terpalit akan situasi ini adalah Panasonic. Walaupun Panasonic Manufacturing Malaysia memiliki anggaran pemulihan menjelang suku kedua 2022. Namun pihaknya perlu kekal berhati-hati akan kenaikan harga bahan mentah, kekurangan pekerja dan ketirisan rantaian bekalan produk.

Berdasarkan pengamatan CGS-CIMB pada nota penyelidikannya, jenama ini berpotensi mengalami kenaikan harga prosuk menjelang April 2022 kelak.

Bagaimanapun pihak pemerhati kekal optimis akan pemulihan yang akan dicapai pada suku kedua 2022 kelak. Setakat ini, keuntungan bersih teras Panasonic telah menurun sehingga 94.4% kepada RM2.5 juta. Mengalami penyusutan 86.1% bagi suku-ke-suku.