Artikel

Dyson Tamatkan Kontrak ATA – Beri Kesan Terhadap Malaysia, Hab Pengeluaran Produk Elektronik

ATA Ims, adalah syarikat pembekal yang bertanggunjawab mengeluarkan komponen vakum serta pembersih udara pada produk Dyson. Bagaimanapun pembekal tempatan itu, kini telah ditamatkan kontraknya bersama Dyson.

Untuk makluman, penyertaan Dyson menyumbang sekitar 80% pendapatan kepada ATA, dan situasi secara langsung akan memberi kesan yang tinggi kepada entiti tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, kesan penamatan kontrak ini turut akan memberi impak kepada pasaran Malaysia selaku hab pengeluaran untuk barangan elektronik.

Tindakan Dyson itu didorong susulan isu amalan buruh yang berlaku sejak April 2020. Pihaknya telah menerima keputusan audit berhubung situasi tenaga kerja yang berlaku di ATA pada awal Oktober ini.

Meskipun ATA tidak memberi sebarang maklum-balas berhubung situasi ini, pihak Dyson telah memaklumkan penamatan kontrak notis selama 6 bulan telah diumumkan.

Menerusi tempoh tersebut Dyson memberi ruang kepada ATA untuk membaikpulih semula ketirisan pada penggunaan tenaga kerja kelak.