Artikel

Syarikat Disebalik MGAG Menerima Suntikan Dana Sebanyak $10 Juta

Hepmil Media Group, syarikat disebalik beberapa media atas-talian, termasuk, MGAG, PGAG da SGAG, hari ini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana pelaburan sebanyak $10 juta.

Suntikan pelaburan terbaru ini diterajui Quest Ventures yang turut mempunyai sejumlah syarikat menarik lain dibawah portfolio mereka, antaranya Carousell, dan juga Shopback.

Hepmil akan menggunakan suntikan dana ini dala terus mmengukuhkan kedudukan mereka dalam arena media digital, termasuk menambah dan memperluaskan lagi kandungan. Pada masa yang sama, syarikat ini juga akan memperluaskan penawaran meliputi esukan dan permainan video.

Hepmil turut merancang untuk memperluaskan penawaran ke Thailand dan Vietnam, selain memfokuskan kepada arena edagang.