Artikel

Harga Perkhidmatan 5G Disasar Lebih Rendah – Berbanding Kos Penggunaan 4G

Menteri Kewangan negara Tengku Zafrul kini menyatakan Digital Nasional Berhad (DNB) akan meletakan harga atau caj kurang daripada 20 sen untuk setiap gigabit bagi 5G kepada syarikat telekomunikasi.

Kenyataan laporan itu dilihat akan lebih rendah atau lebih murah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini. MoF turut memaklumkan pelaksanaan rangkaian 5G akan dilakukan menerusi single whosale network (SWN).

Pada tindakan itu, disasarkan pembayaran sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion akan dilakukan oleh syarikat telekmunikasi dalam tempoh 10 tahun kepada DNB.

Ini bermakna sejumlah RM350 juta hingga RM400 juta akan dilakukan dalam masa setahun.

Tengku Zafrul turut beri jaminan, penyedia telekomunikasi akan terima penjimatan lebih 50% dan perkara itu akan membawa kepada pengurangan harga perkhidmatan ke atas para penguna.