Artikel

Ekonomi Halal Global Dijangka Capai Nilai RM10 Trilion – Menjelang 2024

Landskap ekonomi halal kini, bukan lagi suatu arena yang asing dalam pertumbuhan dunia. Ia meliputi pelbagai jenis produk mahupun perkhidmatan yang mengfokuskan kepada jenis penggunaan bahan, kualiti kesihatan serta jaminan kesejahteraan dalam farmaseutikal mahupun kewangan.

Lebih menarik struktur ekonomi halal global ini dilaporkan akan meningkat kepada RM10 trilion, menjelang tahun 2024.

Berdasarkan potensi itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Malaysia kini menjangkakan penglibatan negara berupaya menjadi peneraju pada arena halal global.

Apabila data 2020 memperlihatkan industri halal Malaysia telah berjaya menyumbang sekitar RM9.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Melalui aliran yang baik ini, EPU turut menjangkakan segmen pasaran halal negara mampu meningkat 8.1% KDNK dengan menjana pendapatan eksport sejumlah RM56 bilion, menjelang tahun 2025 kelak.

Bagi merealisasikan matlamat itu, Jabatan Perdana Menteri Malaysia kini telah meneliti dan mengerakkan beberapa alternatif untuk meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke pasaran global.