Artikel

Sekitar 70 Firma Jepun – Kini Sasar Lancar Mata Wang Digital Yen, Menjelang 2022

Dalam beberapa bulan mendatang, konsortium yang merangkumi 70 firma Jepun termasuk 3 perbankan utama negara tersebut kini akan melaksanakan pengujian mata wang digital Yen.

Dan seterusnya pihaknya menyasarkan pelaksanaan dan pelancaran mata wang digital tersebut dapat dilakukan menjelang tahun 2022 kelak.

Antara yang terlibat dalam pembentukan konsortium tersebut adalah Mitsubishi UFJ Financial Group Inc, Mizuho Financial Group Inc dan Sumitomo Mitsui Financial Group Inc, telah melakukan perbincangan sejak tahun 2020 untuk mengkaji dan membina infrastruktur penyelesaian bagi pembayaran digital Jepun.

Melalui mata wang digital Yen ini, yang setakat ini dikenali sebagai “DCJPY”, akan disokong oleh deposit bank untuk membantu mempercepatkan pemindahan dana berskala besar dan penyelesaian di kalangan syarikat di Jepun.

Sekiranya perancangan ini berjalan dengan lancar ini akan menjadi suatu situasi yang menarik kepada perhatian global. Ini kerana semua pihak sedari Jepun adalah salah satu negara yang paling menyukai penggunaan wang tunai. Ia menjadi negara antara yang memaparkan transaksi tinggi menggunakan wang kertas dan syiling fizikal.

Namun, perluasan ke arah mata wang digital ini dilihat untuk mempromosikan transaksi nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan warga mereka dan meningkatkan produktiviti ekonomi, seiring dengan aliran global.