Artikel

SC Bakal Hadkan Jawatan Pengarah Bebas Selama 12 Tahun – Serta Tidak Galakkan Penyertaan Ahli Politik

Menjelang tahun hadapan, 2022 – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menetapkan had tempoh selama 12 tahun mandatori bagi jawatan Pengarah Bebas dalam Keperluan Penyenaraian.

Tindakan SC itu bertujuan untuk meningkatkan ketelusan kedudukan Lembaga Pengarah serta memberi jaminan pada dasar sesebuah syarikat di negara.

Berdasarkan data setakat 31 Oktober 2021, dalam laporan Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat 2021-2023. Ini tempoh yang diperhatikan telah dipegang oleh Pengarah Bebas dalam sesebuah syarikat;

  • Sekitar 89 jawatan Lembaga Pengarah yang dipegang Pengarah Bebas telah berkhidmat lebih 20 tahun
  • Sejumlah 500 jawatan Lembaga Pengarah yang dipegang oleh Pengarah Bebas pula telah berkhidmat lebih daripada 12 tahun
  • 46% daripada syarikat tersenarai – memiliki sekurang-kurangnya seorang Pengarah Bebas yang telah berkhidmat dalam tempoh 9 hingga lebih
  • Lebih membimbangkan terdapat beberapa lembaga pengarah memiliki 2-3 Pengarah Bebas dengan tempoh perkhidmatan selama 30 tahun

SC juga pada masa yang sama turut menyatakan perlantikan ahli politik tidak digalakkan dalam pimpinan Lembaga Pengarah sesebuah syarikat, ini kerana ia dilihat tidak bertepatan dengan amalan dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.