Artikel

Jenama Tempatan, PKS Mikro Kini Jadi Pilihan Pengguna – Catat Jualan Cecah RM1 Juta Sempena Lazada 11.11

Ternyata platform e-dagang terus menjadi pilihan pengguna Malaysia untuk memenuhi keperluan harian mereka. Lebih menarik permintaan tersebut kini mula dilihat pada pembelian produk tempatan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PMKS).

Lonjakan itu telah dipaparkan pada data sempena Lazada Malaysia 11.11 bulan ini. Di mana PMKS dan jenama tempatan telah berjaya mencatatkan jumlah jualan mencecah RM1 juta.

Kenaikan ini didorong hasil peningkatan pemberli sebanyak 24 kali ganda pada 2 jam pertama pada tempoh 11.11 tersebut. Malah, permintaan jenama tempatan juga papar peningkatan dari kebiasaan dengan lonjakan jualan 25 kali ganda.

Trend ini telahpun dijangka oleh pihak Lazada susulan laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Lazada yang terkini, memaparkan 76% daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara menyatakan bahawa mereka yakin terhadap pertumbuhan masa hadapan, meskipun berdepan risiko krisis.

Perihal ini dapat dikaitkan dengan situasi ekonomi Malaysia ketika ini, yang ke arah pemulihan, walaupun risiko penularan COVID-19 masih terus wujud pada landskap ekonomi negara.