Samsung, syarikat gergasi teknologi dan penyedia cip memori terbesar global kini merancang untuk membina kilang pengeluaran cip di Taylor, Texas – dengan pelaburan berjumlah AS$17 bilion.
Tindakan ini seiring dengan ketirisan bekalan rantaian membabitkan semikonduktor kepada industri.
Welcome to Texas, Samsung!
Samsung will build a new semiconductor manufacturing facility in Taylor, Texas.
➡️ $17B capital investment
➡️ Thousands of NEW jobsThe largest foreign direct investment in the state of Texas EVER. pic.twitter.com/a7VhbK3B9Q
— Greg Abbott (@GregAbbott_TX) November 24, 2021
Pengumuman ini dapat dilihat pada perkongsian ciapan rasmi Greg Abbott, Gabenor Republikan Texas pada pagi ini (24 November). Pembentukan kilang ini secara langsung menjadikan ia sebarang kemasukan pelaburang lansing asing yang terbesar dicatatkan Texas.
Agenda ini juga sekaligus membenarkan pembangunan lebih 2,000 peluang pekerjaan buat masyarakatnya negaranya. Berdasarkan sasaran pembinaan kilang ini akan mula dilihat pada akhir 2024 kelak.
Untuk makluman, hasrat Samsung ini telah mula diperhatikan susulan pengfailan projek tersebuk pada Januari 2021 lagi. Kini pihaknya telah meningkatkan pelaburan secara agresif dalam perniagaan semikonduktor.
Bagi perluasan strategik untuk bersaing dengan China, Samsung menyertai pesaingnya TSMC dari Taiwan dan Intel AS dalam mengembangkan kapasiti pembuatan cip di AS.
Usaha baik ini juga turut mendapat sokongan daripada pihak Joe Biden dan menyifatkan ia berupaya membantu melindungi rantaian bekalan, menghidupkan semula pangkalan pembuatan, dan menjamin kelangsungan pekerjaan pada ekosistem ekonomi global.