Artikel

Lesen Global Ujian Antibodi COVID-19 Percuma – Akan Diberi Kepada Negara Membangun, Miskin

Kini negara berpendapatan sederhana dan rendah akan menerima akses lesen global untuk teknologi serologi yang mengesan antibodi COVID-19, tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran royalti.

Pengumuman itu dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu ini setelah perjanjian pertama perlesenan bukan eksklusif dicapai bersama Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol (CSIC). Ia adalah persefahaman lesen ujian pertama yang dilaksanakan oleh WHO Medicines Patent Pool.

Melalui kesepakatan itu, laporan memaparkan Tedros Adhanom Ghebreyesus mengalukan penyertaan negara berkaitan untuk memiliki akses kemudahan bagi memerangi wabak COVID-19 – yang telah menamatkan riwayat 5.4 juta warga dunia sejak akhir Disember 2019.

Tindakan tersebut secara langsung akan meningkatkan keupayaan mengesan kehadiran antibodi untuk di bawa kepada keperluan tambahan dos.

Untuk makluman, ketika ini 4 ujian sedia ada yang mengesan kehadiran antibodi SARS-CoV-2 berupaya menentukan kepentingan dos penggalak untuk melindungi individu daripada penularan.